Persenyawaan In Vitro atau lebih rawatan IVF merupakan salah satu rawatan kesuburan yang terkenal. Prosedur rawatan ini sering dikenali sebagai “bayi tabung uji” memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio.
Selain itu, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim si ibu. Rawatan IVF boleh dijalankan dengan mendapatkan telur daripada isteri dan sperma daripada suami. Berikut merupakan fakta yang anda harus tahu sebelum menjalani rawatan IVF di klinik rawatan kesuburan.
Rawatan IVF – Jawapan kepada Masalah Ketidaksuburan
Rawatan IVF telah terbukti menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada masalah kesuburan yang dihadapi oleh pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda atau pasangan anda mengalami masalah seperti, ketidakkonsistensian ovulasi, jumlah kiraan sperma yang renda, endometriosis atau masalah ketidaksuburan lain yang dapat dijelaskan, anda boleh merujuk sedikit perkongsian dan mengetahui lebih lanjut apa itu ivf di artikel ini.
Bagaimana Rawatan ini Membantu?
Pada mulanya, wanita dikehendaki menjalani rawatan terapi hormon, yang akan disuntik ke dalam urat untuk merangsang pembentukan beberapa folikel dalam ovari. Kemudian, folikel yang matang akan dikumpulkan dan disenyawakan dalam tabung uji. Selepas itu, satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam rahim melalui faraj isteri.
Kadar Kejayaan IVF
Untuk mencapai proses IVF berjaya, ia amatlah bergantung kepada pelbagai faktor-faktor, seperti punca ketidaksuburan, usia wanita dan kesihatannya. Secara amnya, kadar kelahiran adalah 67% daripada semua kitaran dan 61% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk ibu yang berusia bawah umur 35 tahun. Kadar kejayaan kelahiran amatlah bergantung pada usia wanita tersebut.
Apa Yang Berlaku Kepada Embrio Yang tidak Digunakan?
Sepanjang pengalaman IVF, beberapa embrio akan dipindahkan ke dalam rahim dengan bertujuan untuk meningkatkan kadar konsepsi. Malahan, peluang kehamilan kembar juga akan meningkat. Walau bagaimanapun, faktor ini juga merupakan satu risiko yang boleh menjejaskan nyawa ibu dan bayi tersebut.
Berdasarkan tips IVF dalam kes sebegini, janin perlu dikurangkan untuk merendahkan risiko. Pengurangan janin ini juga boleh menjadi pilihan yang sukar untuk setiap pasangan, baik dari segi emosi serta etika mereka sendiri. Oleh itu, sesetengah pasangan boleh memilih untuk memindahkan hanya satu embrio sahaja. Embrio yang selebihnya akan dibekukan untuk kegunaan kemudian hari.
Kos Rawatan Dan Kesan Sampingan
Harga IVF di Malaysia mungkin berbeza mengikut lokasi pusat rawatan, polisi insurans serta teknologi perubatan anda sendiri. Kesan sampingan setelah rawatan ini biasanya adalah anda mungkin akan mengalami kekejangan otot yang ringan, perut kembung dan mungkin sedikit pendarahan selepas prosedur ini dilakukan.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan faraj, deman panas, kencing berdarah atau sakit yang berterusan di kawasan pelvis, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat rawatan yang lanjut.
Rawatan ini juga selalunya menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang mempunyai masalah kesuburan selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan atau rawatan intrauterine insemination (IUI).
Meskipun rawatan IVF merupakan satu kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kadar kehamilan, namun proses ini juga memakan masa yang lama dan tidak dilupakan juga dengan kos yang tinggi.
Sebelum anda menjalani rawatan IVF, anda haruslah memastikan anda mendapatkan nasihat dengan doktor pakar dahulu, ketahui lebih lanjut tenang semua pilihan yang anda ada. Seterusnya, anda juga harus bersiap sedia dari segi mental dan kewangan kerana hampir semua pasangan tidak mempunyai kadar kejayaan yang tinggi dalam percubaan pertama mereka dengan rawatan IVF.